Tugas & Skop Kerja

  • Mengkaji dan menilai aktiviti organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui samada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan dilaksanakan mengikut dasar, arahan dan peraturan telah dipatuhi serta berkesan supaya ianya dapat melahirkan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan berkesan.
  • Menentukan tatacara dan sistem kawalan dalaman pengurusan kewangan dan operasi adalah wujud dan berkesan.
  • Mengkaji keupayaan mengwujudkan struktur pengurusan, penyediaan aliran dan proses kerja, penyeliaan secara berterusan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan.
  • Menilai dan menentukan sejauh mana dasar, polisi-polisi, rancangan, prosedur undang-undang, kaedah dan tatacara pengurusan hasil dan perbelanjaan telah dipatuhi.
  • Menentukan sejauh mana aset KPBKL di akaun, dilindungi dan diselenggara dengan sempurna supaya mengelak dari kerugian dan kehilangan yang disebabkan oleh aktiviti yang salah atau haram dan pendedahan semulajadi yang boleh memberi kesan kepada aset.
  • Menilai penjimatan, kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber-sumber KPBKL dengan mengenalpasti keadaan-keadaan di mana :
    1. Urusan-urusan yang membazir dan tidak menambah nilai
    2. Kerja-kerja yang tidak produktif
    3. Pengurusan kakitangan yang berlebihan atau terkurang.
    4. Kemudahan dan peralatan tidak digunakan sepenuhnya.
  • Memastikan aktiviti atau projek dan program-program KPBKL dari aspek perancangan, perlaksanaan dan pemantauan telah dilaksanakan dengan cekap, berhemah dan berkesan dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.
  • Memastikan perancangan, pembangunan dan perlaksanaan sistem pengurusan berasaskan komputer mempunyai ciri-ciri kawalan, ciri- ciri ketepatan dan keupayaan merekod dokumentasi supaya sistem yang beroperasi berupaya membantu KPBKL mencapai matlamat dan objektif.
  • Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan dan program audit kepada JKAD untuk pertimbangan dan kelulusan.
    1. UAD bertanggungjawab menyedia dan mengemukakan rancangan audit tahunan kepada JKAD sekurang- kurangnya sekali setahun untuk semakan dan kelulusan.
    2. Jadual rancangan audit tahunan hendaklah disediakan berasaskan keutamaan menggunakan kaedah berasaskan risiko termasuk input daripada pihak MAIWP.
    3. Sebarang perubahan yang ketara daripada jadual yang telah diluluskan perlu dimaklumkan kepada JKAD menerusi laporan status semasa aktiviti secara berkala.
  • Menyediakan Laporan audit selepas selesai sesuatu pengauditan. Laporan ini akan diedarkan kepada mereka yang berkaitan termasuk Pengurusan KPBKL untuk makluman, pertimbangan, tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
  • Mengemukakan dan membentangkan laporan secara berkala kepada JKAD yang meliputi perkara-perkara berikut :
    1. Mengemukakan laporan terhadap penemuan audit yang penting serta syor dan pandangan untuk pembaikan atau peningkatan dan menambah nilai.
    2. Melaporkan tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan- penemuan audit yang penting.
    3. Penyelaras UAD bersama UAD-MAIWP dan Audit Luar untuk mengelak pertindihan
    4. Perancangan kerja-kerja pengauditan.
    5. Halangan-halangan yang dihadapi dalam pelaksanaan pengauditan.