Unit Audit Dalam
KPBKL
Latar Belakang
Unit Audit Dalam dan Pengurusan Risiko (UAD) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah diluluskan penubuhannya pada 15 Oktober 2018 selaras dengan keputusan bagi mewujudkan Jawatankuasa Audit Dalam dan Pengurusan Risiko (JKAD) dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 06/2017 pada 29 Ogos 2017. UAD ditugaskan untuk melaksanakan pemeriksaan audit dan penilaian bebas terhadap sistem pengurusan kewangan, aktiviti
operasi, urus tadbir, pengurusan risiko dan lain-lain aktiviti teras di KPBKL. Unit ini akan melapor dan bertanggungjawab terus kepada JKAD dan hal-hal atau urusan yang berkaitan dengan pentadbiran adalah di bawah seliaan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL.
Misi.
Misi UAD adalah untuk melaksanakan pengauditan secara bebas dan berobjektif dengan menghasilkan laporan yang berkualiti serta memberikan nilai tambah kepada organisasi serta pihak berkepentingan.
Visi.
Visi UAD adalah beriltizam untuk membantu KPBKL menjadi sebuah institusi pendidikan serta penyedia perkhidmatan latihan yang terkehadapan dengan menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan dalam aspek tadbir urus bagi membentuk warga kerja yang berintegriti dan berakauntibiliti.
Struktur Organisasi
Peranan UAD
Bebas
UAD bertanggungjawab melaksanakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi organisasi serta membantu sesebuah mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dengan menilai keberkesanan kawalan ke arah proses tadbir
urus yang baik.
.
Perunding
UAD berperanan memberi khidmat perundingan dan nasihat kepada organisasi secara profesional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan serta keberkesanan sistem kawalan dalaman untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian adalah
mencukupi.
JKAD
UAD melaksanakan peranan sebagai sekretariat bagi JKAD sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Syarikat milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Kod Etika Juruaudit
Kod Etika Juruaudit Dalam adalah prinsip dan nilai yang menjelaskan etika yang perlu diamalkan oleh seorang Juruaudit. Kod Etika ini merupakan amalan budaya kerja yang beretika serta profesional dan diwujudkan bagi memandu Juruaudit meningkatkan prestasi kerja. Kod Etika Juruaudit Dalam merangkumi dua komponen berikut :
- Prinsip yang relevan kepada profesion Juruaudit serta amalan Audit Dalam; dan
- Peraturan ini menerangkan prinsip dalam bentuk amalan dan panduan tingkah laku beretika kepada juruaudit.
Juruaudit perlu mengamalkan dan mempertahankan prinsip berikut:
- Integriti
- Keobjektifan
- Kerahsiaan
- Kompetensi